18 - 19 November - Hari Kelepasan Am & Kadar Tol Percuma
[TERKINI] PRU-15 | Kerajaan menetapkan 18 dan 19 November ini (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan ini diawalkan pada 17 November dan bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada hari ini.
PRU-15 | Bagi memudahkan pengundi balik mengundi 30 konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada pengguna.
PRU-15 | Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tol percuma akan bermula dari jam 12.01 pagi 18 November hingga 11.59 malam pada 19 November melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya.
Please sign in to leave a comment.
Comments
4 comments